[Galeri foto] The Gardens Mall, Hotel, and Residences: Lokasi sesuai Instagrammers untuk Tahun Baru 2018


Tahun baru 2018 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, keluarga saya telah merancang untuk hang out di The Gardens Mall dan The Gardens Hotel, yang terletak di kawasan Mid Valley City.

Mama saya pula ingin bergambar dengan busana terbarunya, blouse merah bersama kain brocade bunga berwarna hitam dan seluar batik bercorak gaya Versace, untuk diposkan ke Instagramnya

Jadi, saya menjadi assistant beliau, menangkap foto-fotonya di lobi The Gardens Hotel.


Lobi The Garden's Hotel tidaklah semegah lobi Hotel Majestic KL, JW Marriott KL, atau Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Tapi, bau lobinya sentiasa harum semerbak. Dekor lobinya sangatlah ringkas. Hiasan Krismas juga tidaklah terlalu crowded. Rekaan dalamannya yang ringkas ini menjadi keistimewaan utama hotel tersebut.


Hiasan Krismas The Gardens Mall tidak cliche, menggunakan warna pastel yang lembut, iaitu warna biru muda dan putih. Mereka langsung tidak menggunakan warna tradisional seperti hijau dan merah. Ini yang membuatkan hiasan Krismas mereka lain daripada yang lain.

Kalau anda singggah ke Kuala Lumpur, tidak perlu pergi jauh-jauh sehingga ke Suria KLCC atau Pavilion KL untuk ber-Instagram. The Gardens Mall boleh dikatakan sebagai mini Pavilion KL. Mall-nya tidak terlalu besar, tapi rekaan dalamannya moden, elegan, dan mewah.

Comments

  1. Tema Krismas ia tu ala-ala salji je. Lawa!

    ReplyDelete
  2. menarik ni, hope sempatlah nak pergi nanti. apapon selamat tahun baru

    ReplyDelete
  3. hiasan krismasnya simple dan cantik. ehehe. pandai mama awak pose :D

    ReplyDelete
  4. wahhhhhh! voguenya mama awak,kirim salam mama ye,ehhh..hihi...

    ReplyDelete
  5. Deco semua cantik and simple. Memang perfect sangat untuk jadi background insta post sempena Christmas dan tahun baru ni

    ReplyDelete
  6. Suka sangat dengan dekorasi The Gardens ni. Tenang hiasan dengan warna putih dominan

    ReplyDelete
  7. Cantiknya !! Memang sesuai sangat untuk kaki instagrammer post photos kalau shot dekat sini !!

    ReplyDelete
  8. Aww. Sukalah tengok mama u berposing sakan. Yup, sementara ada pokok krismas tu memang IG-worthy. Happy new year!

    ReplyDelete
  9. Cantik nyer la hai..lokasi cun..model pun super lawa..sporting ur mom..send regards.

    ReplyDelete
  10. Lawa-lawa gambar ootd ni. Memang sesuai untuk bergambar lah.

    ReplyDelete
  11. Alahai.. comel mama posing..gorgeous.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts