5 perkara yang KTM Komuter boleh perbaiki

Peringatan, gambar di atas adalah gerabak lama untuk KTM Komuter. Gerabak baru jauh lebih moden, lawa, dan gempak.

Jasa KTM Komuter kepada pengguna pengangkutan awam tidak pernah berbelah bagi. Seburuk mana pun servis yang mereka berikan kepada para pengguna, mereka tetap setia memberikan khidmat kepada penduduk dari Lembah Klang, jauh sehingga ke Tanjung Malim dan Seremban.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, infrastruktur KTM Komuter tidak gah, kalau nak dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. Perbezaannya bagaikan panggang jauh daripada api.

Saya berasa sedih, kerana infrastruktur LRT dan MRT lebih baik. Saya berasa sedih, kerana saya merasakan KTM Komuter ini di anak tirikan.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diperbaiki mengenai KTM Komuter. Semoga ia boleh dijadikan pedoman. Semoga KTM Komuter boleh memperbaiki perkara-perkara ini.

1. Cermin retak terlalu banyak


Pernahkah anda melihat cermin tingkap LRT atau MRT retak? Cermin Bas Rapid KL pun tak pernah retak. Namun, cermin KTM Komuter selalu 'tercedera'. Perbaikilah.

Yang pelik, kenapa cermin KTM Komuter selalu retak? Ada orang baling batu ke?

2. Pengiklanan yang memburukkan infrastruktur KTM Komuter


KTM Komuter ada skrin digital. KTM Komuter ada papan iklan di tepi tingkap, dan ia tidak diisi dengan iklan-iklan yang boleh menjana keuntungan.

Apa yang KTM Komuter lakukan? Tampal iklan di belakang kerusi. Apabila pelekatnya sudah lusuh, ia memburukkan rekaan infrastruktur KTM Komuter yang bersih dan moden.

Gunakan skrin digital yang KTM Komuter ada, untuk meletakkan video iklan. Gunakan papan iklan yang sedia ada, jangan biarkan ia kosong. Tolonglah, jangan tampal pelekat iklan lagi.

3. Kekurangan laluan Touch 'n Go

Hanya ada satu laluan Touch 'n Go di Stesen KTM Komuter Mid Valley.

Ya, saya faham, KTM Komuter mahu penggunanya menggunakan kad Komuter Link. Justeru, di stesen KTM Komuter Mid Valley, hanya ada satu laluan Touch 'n Go.

Ini adalah kebenaran yang menyakitkan bagi KTM Komuter; tak semua orang inginkan kad Komuter Link.

Ada orang yang pakai MRT, LRT, dan KTM Komuter sekaligus dalam perjalanan seharian mereka. Touch 'n Go adalah kad yang paling mudah. Satu kad, untuk semua jenis pengangkutan.

Kami boleh pakai kad Komuter Link. Buatlah laluan ke KLCC. Atau ke Putra Heights. Sanggup? Tak sanggupkan?

Jadi, janganlah diskriminasikan pengguna Touch 'n Go. Kalau di KL Sentral, mesin pagar automatik KTM Komuter boleh membenarkan pengguna Touch 'n Go melaluinya, kenapa tidak di Mid Valley?

Kenapa mesin pagar automatik di KL Sentral dan Mid Valley berbeza?

Wahai KTM Komuter, pastikan semua pagar automatik KTM Komuter boleh menghalalkan semua pengguna Touch 'n Go. Jangan diskriminasikan kami.


4. Mesin tiket yang baru tapi lama


Semua mesin tiket ini adalah baru, baru dikuatkuasakan penggunaannya. Yang pelik, kenapa kondisi mesin tersebut kelihatan seperti sudah terpakai.

Mungkin gambar di bawah boleh mengimbau memori.


Tiada ada apa-apa yang boleh diperbaiki di sini. Kenapa mesin yang baru, dibiarkan tidak terusus untuk beberapa tahun? Kenapa teknologi yang baru, tidak digunakan dengan serta-merta. Nasi sudah menjadi bubur.

Masalah kalau KTM Komuter suka 'mengubah peribahasa' Melayu kita. Ya, ya, bubur boleh dimakan. Tapi, bubur itu makanan untuk orang sakit. Kami pengguna KTM Komuter adalah orang yang sihat wal afiat.

5. Kaunter tiket yang buruk


A picture worth a thousand words. Pergilah cat sikit dinding itu. Tukar jerisi besi itu. Macam Penjara Pudu aku tengok.

Comments

  1. SA pengguna komuter..betul semua perlu diperbaiki untuk keselesaan pengguna..tengok negara2 lain..sistem diorang updated..at least mereka mengutamakan keselesaan pengguna.. schedule pun asyik problem apatah lagi penyelengaraan di waktu puncak..harap pihak KTM ambil perhatian

    ReplyDelete
  2. Huiii..finally ada yg menyuarakan isu ni. Dlm byk2 public transport, paling tak suka naik ktm . Too slow, and condition teruk. Selalu kalau naik ktm, by the time sampai ke destinasi i dah rasa lemau.

    ReplyDelete
  3. teguran yang bagus. hopefully adalah penambahbaikan sebab ini bukan semata2 untuk keselesaan pengguna tempatan, bahkan pengunjung antarabangsa yang pastinya akan mencanangkan baik atau buruk sesuatu negara yang pernah dilawatinya kepada masyarakat luar.

    ReplyDelete
  4. hihihi.. tersenyum sorang2 baca satu2.. harap pihak ktm pun baca ni yea.. agar ada perubahan yang mana kurang tu untuk kebaikan bersama..

    ReplyDelete
  5. Omg I agree with everything you mention. Really well written. The line is always very long just to purchase the ticket.

    ReplyDelete
  6. bagus kalau ditambahbaikpulih..tapi bab iklan tu mesti ada org tak bertanggungjawwab buat

    ReplyDelete
  7. I just realized I have not take the KTM before but compared with the LRT it does need improvement.

    ReplyDelete
  8. Jrg guna sbb area perak ni x pakai ktm.. kecuali ets yg naik setahun sekali

    ReplyDelete
  9. jarang dapat naik komuter nie tapi kalau banyak yang masalah dan tak menarik boleh menjejaskan tourist dan orang ramai huhuhuh

    ReplyDelete
  10. Hope KTM can be improved more in their facilities. And train the staff for a better services and speak international language.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts