[Galeri foto] Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang - selepas pemuliharaan


Sewaktu saya bersekolah dahulu di Klang, Selangor, saya selalu menunaikan Solat Jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman. Masjid ini yang dibina pada era 1930-an mempunyai seni bina yang sangat unik, menggabungkan elemen Islamik dan seni bina katedral neoclassical.

Masjid ini ditutup pada tahun 2015 untuk kerja-kerja pemulihan dan dibuka semula pada tahun 2017.

Perubahan yang berlaku



Tempat wuduk diperbaharui dengan rekaan moden. Seni bina asal tempat wuduk ini masih lagi kekal. Tapi, paip air diubah dengan 'pagar' kaca yang mengelilingi kolam. Atap berkaca pula ditambah.

Gabungan ciri moden bersama dengan laluan gerbang gaya katedral membuatkan para pengunjung terkesima.


Wakaf kerusi masjid diberikan kepada muslimin dan muslimat yang ingin menunaikan solat sambil duduk.


Seni bina pagar dicat baru.


Laluan masuk ke dalam masjid diubah suai untuk memudahkan pengguna berkerusi roda.


Bumbung masjid juga diubah suai untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam ruangan dalaman masjid. 

Speaker masjid juga diperbaharui. Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2012, tuan imam dan bilal menghadapi kesusahan memberikan khutbah, melaungkan azan dan iqamah kerana masalah pembesar suara yang terputus-putus dan terlalu tua.

Pihak masjid juga memberikan pembahagi baru untuk membezakan ruang solat muslimin dan muslimat.


Corak ukiran masjid luar biasa yang asalnya berwarna putih dan dan kotor kini telah dicat semula.


Ini pula merupakan tambahan yang boleh dikatakan pelik. Terdapat rantai-rantai yang dipasang, menghubungkan bumbung dan lantai masjid.

Teroka Masjid Diraja Sultan Suleiman menerusi gambar




Laluan masuk ke dewan solat.



Dewan solat utama.

Seni reka bumbung yang unik.

Dewan solat utama mempunyai ciri seni bina katedral.




Comments

  1. wow dah lama dah masjid ni, tapi dia punya design bangunan memang sangat unik siap ada kerusi wakaf lagi. harap I pun dapat menyertai program wakaf mana mana masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun kagum bila tau mereka sediakan kerusi wakaf. Genius. Tak pernah terfikir pun pasal ini.

      Delete
  2. Wahhh... Cantiknya masjid ni. Senibina dia sangat menarik. Siap ada kerusi wakaf tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuuul... inovasi sangat bagi kerusi wakaf. Senang, tak payah susah-susah nak bawak kerusi. Tak pernah terfikir pun.

      Delete
  3. cantiknya binaan masjid ni..harap suatu hari nanti dapat singgah n solat kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal kat mana bro? Kalau tinggal kat KL, boleh sekali sekala singgah.

      Delete
  4. Cantiknya masjid ni. Ikutkan masjid yang terdekat jugak la masa kerja kat Kontena Nasional Pelabuhan Klang.

    ReplyDelete
  5. dalaman Masjid ini memang nampak awesome lepas renovation , Non muslim boleh masuk untuk ambil gambar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid ini taklah terkenal seperti Masjid Negara atau Masjid Putra. Jadi tak ada pelancong pun datang ke sini. Kalau nak difikirkan jugak, disebabkan masjid ini terletak di Klang, tour guide pun takkan lalu ke sini. Kan pelancong fokus nak jelajah KL atau Putrajaya.

      Delete
  6. nampak lebih menarik leps direno..kemas..bersih..

    ReplyDelete
  7. Tenang hati bila baca entri Masjid Diraja ni. Moga ada peluang nak singgah solat disini suatu hari nanti..aamiin

    ReplyDelete
  8. Allahu.. memang cantik-cantik gambar, bang! Suka tone warna yang digunakan. Nampak nilai sejarah masjid ni. belum ada kesempatan berkunjung tapi memang teringin sangat.

    ReplyDelete
  9. seronok dan rasa tenang jer tengok masjid ni..khazanah senibina islam macam ni patut diperliahara dan dikekalkan...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah..cantik sgt masjid ni.. penuh dgn seni..

    ReplyDelete
  11. wahhh detailnya shoot lawa seni bina dia. menara tu mcm dalam filem batman. nice! kalau ada lalu sana nak juga singgah.

    ReplyDelete
  12. Cantik dan menarik senibina masjid ni. Rasanya nak datang dan lihat sendiri keindahan senibina masjid yang menarik ni.

    ReplyDelete
  13. looks like a great building. the pictures say it all

    ReplyDelete
  14. Pertama kali melihat seni bina masjid ini ada unsur-unsur seni bina Eropah.

    ReplyDelete
  15. After renovation, the mosque look nice and historical.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts